Malaysia Dateline

Orang Asli Kampung Kemensah perlukan bantuan anda

Sabri a/l Aang adalah penduduk Orang Asli, Kampung Kemensah, Gombak.

Belia dan isteri dikurniakan tiga orang anak, yang mana dua daripadanya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang perlukan penjagaan rapi dan bantuan.

Dua orang anaknya ini tidak boleh bercakap dan berjalan.

Mereka juga perlu dipakaikan lampin kerana mereka tidak dapat menguruskan diri mereka sendiri.

Dua anak Sabri adalah OKU yang perlukan bantuan kita semua.

Namun, Sabri dan isteri sangat cekal dalam berhadapan dengan cabaran ini dan sentiasa menjaga keluarganya.

Namun, kerja beliau tidak cukup untuk menampung keperluan anak-anak beliau khasnya untuk membeli lampin dan keperluan harian mereka.

Masalah yang dihadapi Sabri dan keluarga mendapat perhatian Perkim cawangan Datuk Keramat dan cuba membantu mereka.

“Sayu hati kami melihat kecekalan En Sabri dan isterinya dalam menjaga, mengurus dan membesarkan anak mereka.

“Kami dari PERKIM cawangan Datuk Keramat mengharapkan bantuan dari anda untuk kita sama-sama memberikan sinar harapan baru buat keluarga ini.

“Sedikit dari anda amat bermakna buat En Sabri dan keluarganya.

“Mungkin dari sedekah yang anda hulurkan pada hari ini menjadi asbab urusan anda dipermudahkan oleh Allah SWT di hari kelak,” tulis jurucakap Perkim Datuk Keramat dalam rayuan mereka.

Kepada yang sudi membantu, sila klik di sini.