Ini bukanlah kali pertama rakyat mengadu mengenai operasi pejabat kerajaan atau daerah, staf yang kurang dan orang awam yang ramai yang hadir tidak dilayan dengan baik.
Kecewa dengan perkhidmatan pejabat kebajikan daerah di Sabah, pengguna Facebook meluah rasa kecewa selepas tidak dilayan kakitangan bertugas.
Menurut pengguna tersebut, Ly Jeff, kedatangannya ke pejabat itu adalah untuk mengambil borang, namun terkejut apabila keadaan di luar pejabat seolah-olah tidak beroperasi.
Lebih mengejutkan, sebahagian pintu ditutup selain suasana di dalam gelap meskipun sudah pukul 9.30 pagi.
“Jam 9.30 pagi masih macam ni (shutter premis ditutup separuh). Sekali saya buka pintu, lampu tak dinyalakan dan mereka (kakitangan) bekerja dalam keadaan gelap.
“Ada seorang kakitangan di kaunter dan orang awam sedang berurusan. Saya anggap sajalah mungkin bekalan elektrik terputus dan sebab itu mereka bekerja dalam keadaan gelap.
“Berbeza dengan pejabat lain yang sudah terang-benderang pada waktu ini,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik pada Jumaat lalu.
Sudah datang jauh-jauh untuk mengambil borang disuruh pula pulang, mereka rupanya hanya menerima temu janji.
“Takkanlah ambil borang pun tidak boleh? Kesian orang yang datang jauh-jauh semata-mata nak pergi ke sini. Lainlah kalau memang sibuk sangat, berderet-deret orang datang mengikut temu janji.
“Cubalah ubah masa kerja wahai pejabat kebajikan Daerah Kota **. Kalau tak reti nak mudahkan urusan orang, jangan susahkan orang. Kesian orang tua yang mahu berurusan.
“Sekadar bagi borang apalah yang menyulitkan. Orang kampung ini bukan datang ke sana untuk meminta sedekah. Kerja biarlah jujur dan jangan makan gaji buta,” luahnya.
Baca juga: Muhyiddin perlu lalui proses mahkamah untuk bersihkan diri