Malaysia Dateline

Orang bodoh tidak sedar mereka bodoh?

Saya mengklik pautan yang diemailkan kepada saya mengenai ketidakpastian Donald Trump terhadap pandemik COVID-19 dan ia membawa kepada artikel menarik dalam terbitan majalah “Psychology Today” baru-baru ini.

Intipati artikelnya adalah orang bodoh tidak menyedari bahawa mereka bodoh.

Ini mungkin kedengaran jelas tetapi kebanyakan kita tidak memikirkan perkara seperti itu.

Artikel itu tidak hanya ditujukan kepada Trump, tetapi penyokongnya juga dengan tujuan untuk menjelaskan usaha sia-sia beliau mempengaruhi penyokong beliau ini dengan fakta.

Keadaan ini sekiranya ini benar, merupakan satu-satunya strategi yang berkesan untuk memilih seseorang bagi mendapatkan undi daripada cubaan mempengaruhi mana-mana dasar pentadbiran pemerintahan.

Sementara itu, semua parti bertanding akan cuba melakukan yang terbaik untuk mendapatkan suara pengundi dalam mana-mana pemilihan atau pilihan raya .

Artikel lain yang saya baca baru-baru ini adalah mengenai sokongan kepada ahli politik yang berpandangan sosial yang rasis, misoginistik, homofobik atau lebih buruk lagi.

Kedudukan tersebut akan bertentangan dengan pandangan yang dipegang oleh majoriti penduduk dan juga penyokong ahli politik yang tidak sesuai.

Mungkin ada yang akan terus merasionalisasikan sokongan mereka dengan logik,

“Dia mungkin mempromosikan pandangan yang saya tidak dapat menyokong atau berkelakuan buruk, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu di mana pendirian beliau, jadi dia akan mendapat undian dari saya.”

Ia bukan sahaja disabitkan dengan Trump, tetapi sesiapa saja yang seperti Trump.

Mungkin Duerte, boleh dijadikan contoh yang lebih kurang sama. Kalau di Malaysia, siapa agaknya yang berciri sedemikian?

Sekiranya orang bodoh tidak tahu bahawa mereka bodoh, ia juga berlaku sebaliknya pada orang yang sangat cerdas, tetapi hasilnya serupa.

Mereka yang cerdik atau pintar nampaknya tahu atau menganggap mereka pintar dan harus membuktikannya pada setiap peluang.

Pernahkah anda berbincang atau berbicara (yang melemahkan) dengan orang yang menganggap dia adalah orang paling pintar di dalam bilik?

Sama seperti di atas, adalah mustahil untuk mengubah fikiran mereka dengan fakta.

Mereka mungkin hanya mempunyai kepakaran yang hebat dalam satu bidang, tetapi entah bagaimana percaya kepakaran ini berlaku untuk semua aspek kehidupan.

Mereka juga berjaya menyekat perbincangan kerana mereka berpegang teguh pada pendapat mereka.

Contohnya, pemakaian pelitup muka menjadi kontroversi ketika ini. Sesiapa yang cuba untuk memandai dan mengubah tatacara pemakaian pelitup muka mungkin sengaja mencari pasal.

Bandingkan ini dengan kedudukan mereka yang tidak memakai pelitup muka kerana ia menjadikan seseorang kelihatan lemah dan menyebabkan panik.

Ilmu sains dan nasihat tidak penting bagi mereka yang meletakkannya dalam kategori bodoh.

Begitu juga mereka yang menasihati agar kita harus mengkuarantin diri tetapi mereka tidak ‘menyendiri’ atau mengasingkan diri setelah melalui apa yang mereka hadapi.

Sekiranya kita bersedia mendengar tanpa cuba memutarkan belit keadaan, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik.