Malaysia Dateline

Orang buta antara golongan susah semasa PKP

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang bertujuan positif iaitu memutuskan rantaian penularan Covid-19, dilihat turut memberi impak kepada golongan cacat penglihatan.

Seperti hari-hari sebelum PKP dilaksanakan, golongan tersebut kelihatan keluar seperti biasa meneruskan rutin harian mereka dengan mencari rezeki demi menyara keluarga.

Namun, kini mereka perlu patuh dengan arahan kerajaan agar duduk di rumah (kecuali perkhidmatan penting negara) supaya penularan wabak berjangkit Covid-19 dapat diatasi demi kebaikan rakyat.

Menyelami kesusahan golongan berkenaan, Hasidi Hassan yang juga merupakan seorang OKU cacat penglihatan, mencakna keadaan ini dan membantu menghulurkan sumbangan sewajarnya kepada mereka yang berada di sekitar ibu negara.

Usaha ini memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk diteruskan sepanjang tempoh PKP ini berjalan.

Orang ramai yang berhasrat meringankan beban golongan ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun MAYBANK (1121 0145 0849) atas nama Hasidi Hassan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Hasidi Hassandi di talian 010-627 8000.