“Orang Dubai ada jet pun senyap, kekayaan sesetengah kita tempat tidur pun nak tunjuk”

Oleh NASUHA RAHMAN

Hampir semua orang tahu kota Dubai didominasi dengan kekayaan dan kemewahan namun ramai dalam kalangan mereka tidak mempamerkan kekayaan yang dimiliki berbeza dengan usahawan kaya negara ini tempat tidur pun ditunjuk.

Menceritakan sikap orang Dubai yang kaya-raya tetapi tidak menunjuk-nunjuk seorang warganet Muhammad Hassan mendedahkan kereta mewah mereka hanya ada tampal sticker ‘Masya Allah’.

“Saya perasan sangat. Dekat mana-mana kereta mewah orang Dubai mesti mereka tampal sticker MASYA-ALLAH.

“Antara usaha untuk elak ain. Betapa mereka takut jika mata-mata manusia kagum dengan kekayaan yang mereka ada.

“Di Malaysia saya perasan ramai yang letak kalimah syahadah di cermin belakang kereta. Ini juga satu usaha yang baik,” katanya.

"Orang Dubai ada jet pun senyap, kekayaan sesetengah kita tempat tidur pun nak tunjuk"
Kereta mewah orang Dubai

Kata beliau sebenarnya ramai jutawan-jutawan di Malaysia atau di sini yang tidak mempamerkan kekayaan mereka di media sosial walaupun ada 3 biji kereta Ferrari di rumah dan mempunyi banyak perniagaan yang berjaya.

“Sehinggakan saya dapat tahu Founder kilang perfume di Dubai ini mempunyai private jet dan sentiasa berulang alik ke US dan seluruh dunia untuk lebarkan perniagaan mereka.

“Setakat dalam carian saya, tidak jumpa lagi gambar beliau bersama jet di instagram mahu pun facebook buat video murahan joget sana sini untuk jadi femes atau dengan caption.

“Nak berjaya nak jadi jutawan jangan tinggal solat dhuha, taat ibubapa, jangan tinggal sedekah pagi”.

Di Malaysia katanya masih ramai mulakan perniagaan dengan sanggup menjatuhkan maruah sendiri, sanggup dedah aurat, sanggup joget di depan camera untuk dapatkan followers. Sanggup jadikan Agama sebagai contents.

“Kena kecam tak kisah sebab cara ini mereka akan dapat pelanggan lebih ramai. Selepas itu buat video permohonan maaf menangis depan camera dan akhirnya lancarkan produk baru.

“Cukup-cukuplah kita follow dan jadikan orang begini sebagai inspirasi dalam dunia perniagaan dan buanglah budaya nak kembangkan perniagaan kena pamer segala kekayaan yang kita ada sehinggakan tempat tidur pun nak kena tunjuk kepada dunia luar yang kita ada tempat tidur yang mewah,” katanya.

Baca juga: Perangai buang sampah merata-rata pengunjung program permotoran di Terengganu dilabel ‘mentaliti sampah’

Baca juga: “Video itu mereka rekod sendiri”, Michael Ang saran tengok Al Hijrah kalau tak suka aksi begini