“Orang juai laksa, hampa pun nak juai laksa”, wanita kecewa beli laksa harga RM10 tapi kuah ceroi macam sup

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas seorang peniaga didakwa menjual laksa yang cair dan ceroi, seakan-akan seperti sup.

Meluahkan perkara itu di TikTok, pengguna menggunakan akaun Cheffieza88 berkata, dia membeli laksa itu di sebuah festival makanan di Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini dengan harga RM10 sebungkus.

Namun sebaik sahaja mangkuk laksa dibuka, perkara pertama disedarinya adalah kuah laksa yang amat cair tidak setanding dengan harga dibayar.

Menerusi video dimuat naik, jelas terlihat kuah laksa tersebut begitu cair, walhal ramuan utama bagi kuah itu adalah dengan menggunakan isi ikan yang banyak.

“Rasanya inilah laksa paling sedih aku jumpa. Dengan perut lapar tak makan dari pagi. Dalam banyak makanan dijual, rasa nak beli laksa. Tapi bila beli dengan harga RM10, tengok cair semacam. Dah serupa bihun sup saja.

“Selama aku hidup ni tak pernah lagi aku buat kuah laksa cair macam ni. Dahlah cair, rasa apa pun tak ada,” luahnya.

Sikap peniaga terbabit yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata membuatkan ramai meluat dan turut kecewa.

Lebih menyedihkan wanita itu berkata, peniaga yang menjual laksa tersebut adalah orang Melayu dan bukan orang luar.

“Sedih sebab dapat macam ini. Harga tak kisah mahal, fahamlah barang mahal. Tak kisah bab tu, yang marah bila bayar mahal tapi kualiti tak ada,” kata pemilik video berkenaan.

@cheffieza88

org nak juai laksa hampa nk juai laksa,dah la aku tgh lapaq ,laksa mmg fav aku la,sekali beli hampeehhh xsedapp!!!!!😡😡#padangkotapenang #eventchoii #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #penangmalaysia

♬ original sound – Cheffieza – Cheffieza88

Baca juga: Wanita kesal doa mahu suami ‘sebaik malaikat’ makbul, tak bahagia kerana masalah ini