Malaysia Dateline

‘Orang kuat Pas pun sokong sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 dibatalkan’

Penyokong tegar Pas turut dilihat menyokong keputusan Kerajaan Perpaduan untuk membatalkan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka bagi memberi tumpuan kepada bencana banjir di seluruh negara.

Reaksi orang ramai termasuk penyokong parti dari blok Perikatan Nasional (PN) itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet Kabinet hari ini.

“Walaupun saya orang kuat Pas, Alhamdulillah terbaik PM. Hal baik kita sokong. Tahniah PM Anwar,” kata pengguna Facebook, Muhammad Ali.

Dalam masa sama, rata-rata warganet menyifatkan sambutan tahun baharu dengan acara berbentuk pesta-pestaan tidak sesuai dengan perkembangan semasa.

“Alhamdulillah, jimatkan kos. Sekarang pun negara dilanda musibah, banjir, tanah runtuh. Semoga Allah lindungi negara kita. Aaminn.

“Buat apa nak menyambut (Tahun Baharu) sedangkan ramai lagi insan yang sedang berduka. Tempat tinggal musnah, anak hanyut ditelan air. Baik kita berdoa agar musibah ini tak akan berulang lagi

“Memang elok pun dibatalkan. Dahlah macam-macam musibah. Banyak gejala sosial. Ikut cara Islam. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua,” demikian antara komentar orang ramai di media sosial.

Sehubungan itu, ada berpendapat detik menjelang 1 Januari 2023 diraikan dengan majlis lebih bermanfaat.

“Gantikan dengan bacaan al-Quran, selawat dan sebagainya,” kata netizen lagi.