Orang macam Ahli Parlimen Hulu Langat perlu ada ada dalam parlimen sekurang-kurangnya boleh membuatkan pihak Perikatan Nasional (PN) sehingga senang duduk di Dewan Rakyat.
Sany Hamzan perlu memainkan peranannya sebagai Ahli Parlimen dengan karakter seperti itu biar pihak lawan terkencing dengan orang yang ada dalam barisan kerajaan baru tidak dibuli oleh pembangkang.
“Walaupun dia baru ke parlimen, kita kena ingat dia sudah menjadi seorang Adun yang cemerlang sebelum ini di Selangor.
“Di Dewan Selangor pun beliau seorang yang baik berhujah, bukan seperti yang Shahidan Kassim bagitahu bahawa dia orang baru jadi dia banyak tak tahu silap banyak la,” komen Wan Mekette.
Bagi beliau setiap Ahli Parlimen ada watak dan karekternya tersendiri dan kalau sunyi sepi ia selalunya tidak menghiburkan bahkan biarkan bertekak macam itu adakalnya keputusan dapat dicapai dengan baik.
“Misalnya orang dahulu seperti Tajudin, Bung Mohktar, Shahidan Kassim, Khalid Samad, Hanipa, dan banyak menjadikan Parlimen akhirnya ceria.
“Dalam parlimen berbahaslah macam mana sekalipun tapi bila dah tamat sesi mereka OK saja duduk bergurau senda,” katanya lagi.
Begitu juga katanya dalam sidang Dewan Undang Negeri (DUN) Kelantan ada juga jenis ini dulu antaranya YB Nozula yang mana perbahasannya sedap didengar walaupun kadang-kadang melalut.
“Cuba cari perbahasannya, sedap dengar juga, hujah dia pun OK saja walaupun kadang-kadang melalut, biasala manusia kan.
“Di Dewan Negeri Terengganu ada YB Mat Said. Beliau jugak lantang, bukan saja bersuara lantang bahkan sampai ajak bertumbuk di luar dewan hakikatnya…ermmm,”kata beliau.
Baca juga: Kesal kerajaan Taliban haram wanita ke universiti
Baca juga: PM arah bina kemudahan peniaga kecil di ibu kota dengan segera
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio