‘Orang mati hidup semula’ dalam daftar pemilih SPR?

‘Orang mati hidup semula’ dalam daftar pemilih SPR?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dipersoalkan mengenai ketelusan senarai daftar pemilih apabila terdapat dakwaan SPR
turut memasukkan pengundi yang telah meninggal dunia.

Tular dilama sosial pengadu yang telah membuat laporan polis apabila mendiang bapanya MM Narayanan Nair A/L T Narayyanan Nair dengan No KPP 290805-71-5037 yang telah meninggal dunia pada 2013 namanya, masih berada dalam senarai  daftar pemilih ketika beliau membuat semakan dalam talian.

Anak perempuan kepada mendiang Shyama MM Narayanan Nair telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Ayer Tawar, Seberang Prai
Utara, Pulau Pinang semalam.

Beliau yang merupaka seorang peguam berusia 58 tahun itu berkata semakan daftar pemilih sudah pun dilakukan pada tahun lepas menunjukkan tiada nama mendiang bapanya dalam senarai daftar pemilih.

” Cuba teka!!! Dia kembali¬† mengundi untuk tahun ini. Sila semak daftar pemilih bagi saudara mara anda yang telah meninggal dunia dan telefon Bersih Hotline.

“Kongsikan maklumat ini kepada ramai orang yang mungkin ada ibu bapa dan saudara mereka yang telah meninggal dunia,” ujar beliau dalam tulisannya yang ditularkan.

Beliau yang tinggal di Leboh Nakhoda Teluk Air Tawar ini juga memuatnaik salinan daftar pemilih menerusi dalam talian yang merujuk kepada nama mendiang bapanya yang mana tidak dilupuskan dalam senarai daftar pemilih oleh SPR.

7.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 10.0
CATEGORIES