Mahasiswa kepalai #TangkapMO1 27 Ogos, jawatan PM milik kalian

Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh anak muda dan rakyat bersama-sama kumpulan mahasiswa ke perhimpunan mendesak tangkapan terhadap 'Malaysian Official 1' yang dijadualkan 27 Ogos ini.

Mahasiswa kepalai  #TangkapMO1 27 Ogos, jawatan PM milik kalian

Mahasiwa pencorak masa depan nwgara

Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh anak muda dan rakyat bersama-sama kumpulan mahasiswa ke perhimpunan mendesak tangkapan terhadap ‘Malaysian Official 1’ yang dijadualkan 27 Ogos ini.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan semalam berkata kebanjiran rakyat di tengah-tengah Kuala Lumpur nanti bakal menjadi simbol penentangan massa terhadap jenayah kleptokrasi yang amat berleluasa ketika ini.

“Saya ingin menyatakan penghargaan awal kepada kumpulan mahasiswa yang akan menganjurkan perhimpunan aman itu,” katanya.

Keberanian yang ditunjukkan kumpulan ini katanya, menunjukkan bahawa mahasiswa sangat peka kepada segala kepincangan yang berlaku dalam negara dan mampu menjadi agen pendesak kepada kerajaan.

“Mereka adalah wajah masa depan negara.

“Bagi saya, paling kurang untuk tempoh dua atau tiga kali pilihan raya umum lagi, Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan mahasiswa ini,” katanya.

Menurutnya pemimpin dan aktivis mahasiswa ini bukan hanya menyerlah pada hari ini sahaja, akan tetapi terus menyumbang dalam menganjak paradigma masyarakat untuk melakukan perubahan.