Malaysia Dateline

“Orang nak isi minyak dia boleh pula parkir”, lelaki selamba tinggalkan kereta lepas isi minyak sebab nak beli McD

“Orang nak isi minyak dia sedap pula parkir dekat situ!”. Situasi pemandu mementingkan diri ini bukan pertama kali berlaku dalam kalangan masyarakat.

Bahkan perkara ini sudah beberapa kali diperdebatkan kerana sikap meninggalkan kereta di sebelah pam minyak, amat menyusahkan orang lain.

Jika terlihat ramai yang beratur dan menunggu untuk mengisi minyak, bukankah anda sepatutnya berasa sedikit perihatin dngan segera mengalihkan kereta sejurus selepas mengisi tangki minyak anda?

Seperti yang dikongsi laman Twitter Isu Semasa Viral, seorang pemilik kenderaan jenis Porsche ini dikatakan selamba meninggalkan keretanya selepas mengisi minyak.

Katanya, individu itu dilihat mengunci pintu kereta sebelum berjalan kaki memasuki McDonald yang berada di sebelah stesen minyak Petronas.

“Selesai isi minyak, terus lock kereta, pergi Mcd, order makan tapi kereta selamba parkir dekat pam minyak,” tulis laman Twitter itu.

Tidak dapat dipastikan bila kejadian itu terjadi tetapi difahamkan perkara ini sudah banyak kali berlaku membabitkan pemilik kereta meninggalkan kenderaan untuk singgah ke restoran makanan segera itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan berkenaan memandangkan ia telah menyusahkan orang lain yang mahu mengisi minyak.

Ada juga berkongsi kisah apabila terpaksa beratur di belakang sebuah kereta sebelum menyedari rupa-rupanya pemilik berkenaan bukan mahu mengisi minyak, tetapi mahu berbelanja di dalam kedai di stesen berkenaan.

Baca juga: Terasa jadi bahan sindiran, Caprice nak saman Mydin RM30 juta sebab sebut nama ‘cap’ dan ‘rice’

Baca juga: Monyet paling kaya, nama terdaftar atas tanah seluas 32 ekar