Orang ramai di Ireland dilaporkan mengeluarkan sejumlah wang dari akaun mereka walaupun akaun mereka tiada baki selepas mendapati Bank of Ireland mengalami masalah teknikal, lapor The Sun.
Ralat yang berlaku dilaporkan telah membenarkan orang ramai yang mempunyai baki minimum untuk memindahkan wang mereka.
Pindahan tersebut dilaporkan boleh dibuat sehingga 1,000 euro (RM5,062) menggunakan kad Revolut mereka.
Orang ramai telah dilihat beratur di ATM di seluruh negara kerana cuba untuk mengeluarkan wang tunai dari akaun Revolut mereka.
Pengeluaran segera wang tunai itu turut didatangi dengan amaran kerana orang ramai diingatkan bahawa tiada perkara percuma dan ia perlu dibayar balik.
Hasil tinjauan di media sosial, seorang berkata:
“Hanya di Ireland sahaja bank utama membenarkan orang ramai mengeluarkan beribu-ribu euro yang mereka tidak ada”.
Sementara seorang lagi memberi amaran: “Walaupun bank Ireland kerugian wang malam ini, mereka akan membuat pulangan berlipat kali ganda dengan bayaran overdraf pada waktu pagi.”“
Esok orang akan mendapati akaun Bank of Ireland mereka menjadi negatif 1,000 euro selepas mengeluarkan wang yang mereka tidak ada,” tulis seorang lagi pengguna.
Sementara itu, The Irish Sun telah menghubungi Bank of Ireland untuk mendapatkan komen tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi.
Bank of Ireland berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan yang memindahkan wang melebihi had biasa akan didebitkan daripada akaun pelanggan.
“Kami ingin mengingatkan pelanggan jika memindahkan atau mengeluarkan dana melebihi had biasa, wang pelanggan akan didebitkan daripada akaun pengguna.“
Kami sedar pelanggan mungkin tidak dapat menyemak baki, tetapi tidak seharusnya mengeluarkan atau memindahkan jika melebihi wang simpanan mereka,” kata kenyataan tersebut.
Kejadian itu berlaku selepas amaran dikeluarkan kepada pelanggan bank utama Ireland disebabkan masalah dengan aplikasi mudah alih. Ia turut melibatkan perkhidmatan dalam talian Banking 365.
Baca juga: “Dulu tangga sekarang stokin bola” – Netizen malas nak ambil pusing hal Aliff Syukri, pilih boikot bisnes