Orang ramai diminta tetapkan had umur minimum pemegang lesen

Orang ramai diminta tetapkan had umur minimum pemegang lesen

Orang ramai diminta memberikan pandangan berhubung keperluan bagi kerajaan untuk meningkatkan had umur minimum pemegang lesen memandu di negara ini.

Beri pandangan tentang had umur pemegang lesen ,Anthony Loke Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pandangan rakyat berhubung perkara tersebut adalah penting terutama apabila statistik kemalangan menunjukkan kadar kematian jalan raya melibatkan golongan muda berumur 16 hingga 25 tahun amat membimbangkan.

“Kita memohon orang ramai menyatakan pandangan mereka menerusi medium-medium sedia ada seperti Facebook Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR),” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di pejabat JKJR di Putrajaya hari ini.

Ketika ini, had umur minimum pemegang lesen tersebut adalah 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.

Berdasarkan statistik pada 2016, sebanyak 1,161 kematian berlaku melibatkan golongan muda berumur 16 hingga 20 tahun serta 1,000 kematian bagi yang berumur 21 hingga 25 tahun.

CATEGORIES