Malaysia Dateline

Orang ramai disaran ambil langkah berjaga-jaga sediakan ubat jangka panjang semasa musim tengkujuh-Ahli farmasi

Orang ramai disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan ubat jangka panjang semasa musim tengkujuh yang dijangka akan bermula bulan ini.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa Malaysia akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan November, yang membawa kepada kemungkinan banjir kilat besar di beberapa negeri, musim tengkujuh ini dijangka akan berlarutan sehingga awal tahun depan.

Justeru orang ramai disarankan berjaga-jaga dan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli farmasi komuniti terutama penduduk terdedah kepada banjir.

Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia menasihatkan orang ramai memantau persekitaran dengan teliti untuk mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan cuaca dan amaran sebelum banjir

Di mana orang ramai hendaklah menyimpan bekalan bencana termasuk ubat-ubatan jangka panjang dan peti pertolongan cemas dalam beg kalis air sekiranya berlaku pemindahan.

“Pesakit, terutamanya warga emas, yang menghidap penyakit kronik, dinasihatkan untuk melawat farmasi terdekat mereka bersama-sama dengan ubat-ubatan kronik mereka untuk menyimpan rekod di farmasi dan sediakan senarai ubat yang terkini.

“Pesakit yang telah kehilangan preskripsi salinan mereka dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan senarai ubat disnasihatkan supaya menyimpan sejarah ubat di farmasi komuniti terdekat.

“Ubat-ubatan kronik, khususnya memerlukan pematuhan dan konsistensi untuk hasil kesihatan yang optimum,” kata Lim En Nin Ketua Farmasi Alpro.

Selain itu katanya, sanitasi dan kebersihan yang lemah di kawasan banjir, ia boleh menjadi pemangkin kepada penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun dan demam Denggi.

“Mereka yang terselamat daripada banjir harus memerhatikan simptom seperti demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah untuk mengenal pasti kemungkinan jangkitan.

“Sekiranya terdapat simptom sedemikian, sila lawati pusat jagaan kesihatan berhampiran dengan segera.

“Bagi mereka yang mempunyai ubat kronik tercemar atau dihanyutkan oleh banjir, Alpro menyediakan bekalan sekali sahaja sehingga 7 hari secara percuma.

“Komuniti yang terjejas akibat banjir boleh mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurus dengan ahli farmasi dan mendapatkan butiran lanjut. Salinan laporan polis mengenai banjir diperlukan untuk tujuan pengesahan.

Ubat-ubatan dan bantuan perubatan percuma adalah inisiatif di bawah Program Penjagaan Ubat-Ubat yang “menyelamatkan nyawa – komitmen Alpro dan DOC2US yang telah lama wujud untuk menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Husam jawab fitnah RPK- Pihak yang upah RPK sila buat laporan polis hari ini juga!

Baca juga: Pemandu ditemukan rentung dalam nahas di Lebuhraya Guthrie