Orang ramai diseru Sertai Pemantau Sarawak

Orang ramai diseru Sertai Pemantau Sarawak

Orang ramai terutama penduduk tempatan di Sarawak diseru supaya menyertai kumpulan sukarelawan rakyat, Pemantau Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-11, 7 Mei depan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Orang ramai terutama penduduk tempatan di Sarawak diseru supaya menyertai kumpulan sukarelawan rakyat, Pemantau Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-11, 7 Mei depan.

Pemantau Sarawak mencari sukarelawan di kalangan anak tempatan.Pemantau Sarawak akan memantau proses pilihan raya supaya tidak berlakunya penipuan atau salah laku seperti rasuah, ugutan atau pengundi hantu.

Sehubungan itu, sukarelawan Pemantau Sarawak diperlukan di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) berikut:

1) N02. Tasik Biru (Bau/Tondong/Serikin)

2) N13. Batu Kitang (Kuching/Arang/Kitang)

3) N53. Bawang Assan (Sibu/Rassau)

4) N75. Senadin (Miri/Kuala Baram/Riam)

5) N77. Telang Usan (Long Lama/Long San/Miri)

Sekiranya, anda dari kawasan terlibat, daftarlah sebagai Pemantau Sarawak melalui laman web www.bersih.org/pemantausarawak atau emel kepada pemantau@bersih.org.

Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui SMS atau Whatsapp melalui nombor 019 438 0428 atau hubungi 03-7931 4444.

Untuk rekod, PRN11 ini dianggarkan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM135.6 juta seperti dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Dalam hal berkaitan, sebanyak 1,879 premis digunakan sebagai Pusat Pengundi yang mengandungi 2,959 saluran atau tempat mengundi.

Seramai 20,811 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya melibatkan 82 kerusi Dun.

TAGS