Malaysia Dateline

Orang ramai kecam lapan kereta buat ‘u-turn’ berjemaah di garisan berkembar

Orang ramai mengecam tindakan lapan pemandu kenderaan yang membuat pusingan-U secara berturut-turutan di garisan berkembar.

Semua kenderaan terbabit dilihat melakukan ‘u-turn’ sejurus dua penunggang motosikal sudah melepasi mereka.

Kejadian itu dilihat berlaku dalam satu rakaman yang tular di media sosial.

Rata-rata warganet mengecam tindakan yang menyalahi peraturan trafik termasuk ada yang meletakkan tanda pagar PDRM dan JPJ agar mengambil tindakan.

“Kalau nak tengok dan belajar cara mereka ni u-turn, pi kat kilang Tanchong Segambut. Ini ibubapa yang lepas hantar anak-anak pi sekolah SJKC sebelah kilang tu.

“Lima hari seminggu waktu bekerja boleh lah tengok,” kata Ahmad Mahmud.

Sementara itu, seorang pemandu yang setiap hari menggunakan laluan di situ mengesahkan begitulah keadaan yang berlaku.

“Memang mereka tu u-turn ikut suka hati. Bahaya betul. Tapi part yang berjemaah ni saya tak pernah lagi bertembung,” kata Ramlan Lan.

Tidak kurang juga yang menempelak sama ada mereka sebelum ini mendapat lesen terbang selain menegaskan lantaran perbuatan merekalah mengakibatkan berlakunya kes kemalangan.

Double line u-turn! Terbaiklah semua lesen terbang ke hapa,” ujar Jefry Jaafar manakala Nur Syahida secara berseloroh menulis, “Ada polis lalu pun tak tahu nak tahan yang mana sebab berjemaah.”

Baca juga Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet