Satu video tular di media sosial selepas seorang wanita warganegara Singapura didakwa cuba mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru.
Menerusi perkongsian TikTok @Shahrahim, wanita itu menggunakan taktik mengisi minyak di pam paling hujung supaya ianya tidak disedari pekerja stesen minyak.
Namun perbuatannya sempat dirakam oleh seorang penunggang motosikal.
Pada saat itu juga, salah seorang pekerja warganegara Bangladesh segera menghampiri dan menghalang wanita berkenaan dari mengisi minyak.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok, malah ada yang berkongsi taktik sama dipercayai digunakan pengguna kenderaan dari Singapura untuk mengisi minyak RON95 bersubsidi.
“Kadang mereka ni pergi pam hujung, jadi tak nampak nombor plat. Lagi kalau dia pakai kad, kat luar kita orang tak tahu. Kalau dia bayar dalam (kaunter), kita orang boleh tengok dulu sebelum set minyak,” kata seorang pengguna TikTok staf kaunter stesen minyak.
“Thank you baiya jalankan kerja dengan betul,” kata Ikhwan.
“Selangor bersepah tapi pekerja pam buat rileks je siap tolong cuci cermin depan lagi,” kata Zul pula.
Video itu sehingga kini meraih lebih RM1.5 juta tontonan.
Baca juga: Staf butik jenama Jepun terkenal dedah sisi gelap, “dah macam pengemis minta MC..”