Orang ramai risau buaya terlepas dari Zoo Negara banjir semalam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Semalam Kuala Lumpur seakan mahu tenggelam dek kerana hujan lebat berterusan dari pagi. Sehinggakan perdana menteri dan ahli parlimen lain pun tersekat untuk bersidang ke parlimen kerana banjir di sekitarnya.

Bukan sahaja parlimen, Zoo negara pun turut terkena impak hujan berterusan kali ini. Rakaman video yang melaporkan situasi banjir di hadapan Zoo Negara semalam telah menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.

Memetik dari kosmo, video tiktok yang berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Peter G, menunjukkan keadaan banjir yang menjejaskan kawasan di hadapan zoo tersebut.

“Habislah binatang basah, di Zoo Negara,” katanya dalam video tersebut.

Namun apa yang lebih menggusarkan pelayan media sosial adalah binatang-binatang yang berbahaya seperti buaya dan harimau akan terlepas.

“Aduh ni kalau air naik lagi ni mahu buaya terlepas pergi bandar KL..”, tulis seorang lelaki di ruangan komen.

Reaksi daripada netizen itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.yang bimbang kejadian itu berlaku.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmad Lana menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya memaklumkan, kesemua haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan selamat.

Katanya, pasukan bomba turut membantu memantau keadaan semasa Zoo Negara semalam dan proses pembersihan di kawasan sekitar telah dilakukan.

baca: “Netizen tuduh saya penyondol, sedangkan hubungan saya dengan madu baik” – Zarina