Malaysia Dateline

Orang ramai seronok YB ini pandai cakap Jawa

Orang ramai dilihat seronok apabila mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim pandai cakap Jawa.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkongsikan pengalamannya terserempak dengan sebuah keluarga dari Segamat yang melawat Sekinchan baru-baru ini.

“Bila si ayah dapat tahu ADUN Sekinchan Sdr Ng Sue Lim boleh ngomong Jowo, dia terus rasa seronok.

“Rupanya mereka wong Jowo Segamat jumpa pula wak Jawa Cina Sekinchan.

“Demikianlah DAP. Demikianlah Malaysia. ❤️🇲🇾 Jalan teruih!,” tulis Chee Keong menerusi Facebook rasminya.

Rata-rata warganet yang meninggalkan komentar dalam hantaran itu mengagumi kebolehan Suee Lim berbahasa Jawa itu.

“Saya pernah hadir dan dengar YB Adun Sekincan berucap dalam satu majlis di dewan muhibbah Pekan Tanjung Sepat DUN Tanjung Sepat. Bunyi dia cakap Jawa sebijik orang Jawa. Best,” kata Fairus Shaba.

Sementara itu, Chee Keong dalam reaksi balasnya terhadap soalan seorang warganet memberitahu latar belakang keluarga Suee Lim.

“Dia (Suee Lim) Cina, ayah ibu semua Cina. Tapi sebab masa kecil tinggal di kampung bersama orang Jawa, dia belajar cakap Jawa dengan mereka,” jelasnya.

Baca juga Amah teruk kena dera dan mati, wakil rakyat ini ingatkan jangan pernah lupa kisah Adelina Lisao

Baca juga Boleh pula terlepas mata kail dalam kari ikan, wanita hanya terima diskaun RM0.60