Orang ramai terus menyumbang, THM hari ini berjumlah RM92,594,796.42

Orang ramai terus menyumbang, THM hari ini berjumlah RM92,594,796.42

Kementerian Kewangan mengumumkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga jam 3.00 petang hari ini berjumlah RM92,594,796.42 sejak ia mula ditubuhkan.

THM mula diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei 2017 itu selepas mesyuarat kabinet kedua Pakatan Harapan (PH).

Hari sama Menteri Kewangan mengumumkan no akaun Maybank kepada Tabung Harapan Malaysia.

Tidak sampai tempoh 24 jam Lim Guan Eng mengumumkan kutipan mencecah RM7,075,508.709 yang mana beliau turut memaklumkan bahawa sumbangan kepada tabung berkenaan dikecualikan cukai.

Jumlah kutipan THM terus meningkat pada 1 Jun apabila mencecah RM18,608,925.36 jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 163% ketika akaun itu dibuka pada 30 Mei.

Orang ramai boleh melawat laman sesawang Kementerian Kewangan di www.treasury.gov.my, di Facebook (Kementerian Kewangan Malaysia), Instagram (MOF_malaysia) dan Twitter (MOFmalaysia) berkaitan THM.