Malaysia Dateline

Orang sihat tidak perlu diberi dos ketiga vaksin Covid-19

Perlukah dos booster (penggalak) atau dos ketiga? Apa berlaku selepas suntikan dos booster? Adakah imuniti semakin kuat atau ‘super immune‘ ?

Adakah penurunan paras antibodi bermakna paras imuniti menurun?

Pentadbiran Makanan dan Ubatan-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) telah mengundi 16-2 menentang vaksin dos penggalak atau dos ketiga untuk semua orang yang sihat.

Mereka sarankan hanya kepada warga emas berusia lebih 65 tahun yang mempunyai komorbiditi.

Di AS, telah diketahui umum oleh masyarakat di negara itu bahawa syarikat-syarikat vaksin ‘pushing’ kerajaan AS dos penggalak vaksin Covid-19. Presiden AS, Joe Biden juga telah bersetuju.

Tapi, FDA AS menentang suntikan dos penggalak vaksin Covid-19. 16-2 ini adalah doktor-doktor pakar perunding bukan doktor-doktor pakar perunding yang berkhidmat di syarikat-syarikat farmasi vaksin!

Keputusan untuk vaksin (dos ketiga, keempat, atau dos penggalak) perlu diputuskan oleh doktor-doktor pakar perunding, bukan oleh syarikat-syarikat farmasi vaksin!

Bukti-bukti perubatan (evidence based medicine) menunjukkan mereka yang sihat dan telah menerima suntikan dua dos vaksin, tiada bukti kuat menunjukkan dos ketiga memberi perlindungan tambahan terhadap virus Covid-19.

Jurnal perubatan yang terkemuka “The Lancet” baru-baru ini telah menyiarkan rumusan beberapa artikel yang ditulis oleh beberapa doktor pakar yang neutral atau non-bias yang buat kesimpulan; tidak perlu dos ketiga kepada semua orang yang sihat.

Bukti jelas atau “robust evidence” menunjukkan dua dos vaksin beri perlindungan cemerlang 90 peratus atau provide excellent (lebih 90 peratus) perlindungan daripada Covid-19.

Terdapat satu artikel atau pandangan yang menyatakan dos ketiga atau booster ini menjadikan imunity individu sebagai ‘super immune’. Bagaimanapun, bukti klinikal tidak menyokong pandangan itu.

Bagaimanapun, selepas dos penggalak atau dos ketiga, paras antibodi akan lebih tinggi untuk beberapa bulan. Tapi, paras lebih tinggi ini tidak bermakna lebih perlindungan dari penyakit!

Prinsip vaksinasi, guna dos yang paling rendah yang mencapai maksimum perlindungan. Bermaksud, jika dua dos sudah mencapai maksimum perlindungan atau 90 peratus, maka memadai dengan dua dos, tidak perlu kepada dos ketiga.

Mengapa vaksinasi golongan muda tidak sama dengan warga emas?

Manusia ada kecerunan imuniti selari dengan umur, lebih muda lebih kuat imuniti, lebih tua imuniti lebih menurun! Keadaan yang sama bagi mereka yang menerima vaksin.

Adakah penurunan paras antibodi bermakna paras imuniti menurun? Bagaimana menguji keberkesanan vaksin?

Penurunan paras antibodi tidak sama dengan penurunan paras imuniti.

Perlu difahami, antibodi adalah tindakbalas sistem imunisasi. Ianya sebahagian atau salah satu komponen sistem imunisasi.

Komponen sistem immune yang lebih besar adalah T-Cells dan Memory-Cells yang sentiasa aktif dalam jangkamasa yang panjang.

(Jika dianalogikan pasukan pertahanan tentera, ‘antibodi’ adalah askar di bahagian paling hadapan yang digerakkan bila ada pencerobohan, T-Cells dan Memory-Cells adalah pangkalan tentera yang sentiasa siap siaga dan ingat tabiat dan tingkah laku musuh.)

Penurunan paras antibodi adalah satu proses natural selepas beberapa bulan. Ini kerana ‘plasmablast’ semakin menurun (dengan berlalunya masa) ke paras baseline yang rendah yang dihasilkan oleh sel plasma yang bertahan lebih lama @ Long-lived Plasma Cells (LLPC).

Penurunan antibodi ini bukan bermakna penurunan imuniti @ ‘waning immunity’ seperti dakwaan pro-vaksin atau pelobi vaksin. Ini satu ‘misquoted’ yang salah!

T-Cells dan Memory-Cells akan serta-merta tanpa terlewat sedikit pun diaktifkan jika ada pencerobohan oleh virus Covid-19, menghasilkan antibodi yang begitu banyak melawan virus Covid-19.

Demikian sempurnanya program semulajadi sistem immune manusia. Subhanallah. Keunikannya lagi, Memory-Cells ini sentiasa lebih baik menghadapi pencerobohan virus walaupun virus sentiasa bermutasi!

Jadi, jika menguji keberkesanan vaksin hanya bergantung semata-mata kepada paras antibodi adalah tidak betul, tidak tepat. Antibodi, tidak menggambarkan kesiapsiagaan atau keaktifan T-Cells dan Memory-Cells.

Kesimpulan setakat ini, (hingga ada bukti-bukti baru), tidak perlu bagi orang yang sihat dos ketiga (istilah yang tepat, bukan dos booster) vaksin Covid-19.