Malaysia Dateline

‘Orang sudah berkira-kira mahu beli burger tepi jalan’ – Lebih 40,000 peniaga runsing

Orang ramai dikatakan sudah berkira-kira untuk membeli burger tepi jalan selepas peniaga terpaksa menaikkan harga jualan kerana tidak lagi mampu menampung kerugian.

Kenaikan harga bahan-bahan utama seperti patti da­ging dan ayam, telur, sayur-sa­yuran serta roti sejak bulan lalu menyebabkan ramai peniaga ‘pening kepala’ untuk meneruskan perniagaan.

Lapor Utusan Malaysia, kenaikan antara 80 sen hingga RM1 bagi setiap peket da­ging dan ayam berat 70 gram (g), 60g dan 50g itu mengakibatkan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan untuk burger biasa mencecah sehingga RM5.

“Untuk patti ayam dan da­ging serta roti harga naik sejak 15 Oktober lalu. Sebelum ini untuk satu pek patti daging 70g harganya dalam RM6.20 namun kini sudah naik sehingga RM7.60, memang ia merunsingkan peniaga kecil seperti kami.

“Mahu tidak mahu, kami terpaksa menaikkan harga jualan contohnya harga burger da­ging biasa, sebelum ini dijual pada harga RM3.50, namun kini dijual dalam anggaran harga RM3.80 sehingga RM4 dan ja­ngan terkejut jika ada yang jual sehingga RM5.

“Kami peniaga terpaksa menaikkan harga, jika tidak kami terpaksa menanggung kerugian dan akhirnya yang jana keuntungan hanya pengeluar sahaja dan kita bekerja untuk kayakan mereka,” kata seorang peniaga burger yang mahu dikenali sebagai Azlan, 37, dipetik Utusan Malaysia.

Baca juga ‘Duduk hotel ni, aku rasa diperhati’ – Bermacam ‘meme’ lucu ini buat orang ramai terhibur

Baca juga Gara-gara empat cincin ‘sangkut’ di jari, pesakit ini dibantu anggota bomba