Orang Umno mula kempen untuk Amanah, kata Mohamad Sabu

Orang Umno mula kempen untuk Amanah, kata Mohamad Sabu

Dalam keadaan jarang berlaku, orang Umno akan berkempen atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) khususnya pada dua pilihan raya kecil serentak Jun ini, kata Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, ia merupakan trend dan gelombang politik terkini sedang berlaku ekoran penolakan ahli Umno terhadap presiden mereka yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan segala skandal yang berlaku.

Pertemuan dengan jentera di Kuala Kangsar“Bukan soal nama dia Najib. Yang masalahnya sebab dia jadi Perdana Menteri. Segala akibat daripada skandal yang lakukan telah menyusahkan rakyat.

“Tidak pelik pada pilihan raya kecil ini nanti orang Umno akan berkempen atas tiket Amanah. Inilah trend politik yang sedang berlaku di mana parti yang berbuat baik akan disokong, yang buat jahat akan ditentang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Taman Jasa di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, itulah sebabnya wujud gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Mohamad berkata, gerakan ini biarpun dipelopori ahli, pemimpin dan bekas pemimpin Umno, namun kini boleh bekerjasama dengan pembangkang atas matlamat yang sama iaitu negara ini diselamatkan dengan Najib perlu dijatuhkan.

“Sebab itu pada pilihan raya ini tolak Umno dengan penasihat-penasihatnya sekali.Mohd Sabu ceramah di Kuala Kangsar

“Rakyat perlu tunjuk signal kepada Najib,” katanya.

Turun sebagai underdog

Terdahulu ketika berucap kepada jentera Perak, Mohamad berkata Amanah jika dipilih untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kangsar mahupun Sg. Besar ini, akan turun sebagai ‘underdog’.

“Kita parti baru tujuh bulan. Kita akan turun sebagai underdog. Jangan sesekali kita angkuh.

“Kita perlu kerja kuat dapatkan sebanyak mungkin undi orang Melayu, Cina, India dan undi Umno,” katanya.

TAGS