Malaysia Dateline

Ordinan Darurat yang dibatal kerajaan Mahiaddin akan diungkai semula di dewan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan dewan mengungkaikan (revoke) tujuh Ordinan Darurat yang pernah menjadi pertikaian ketika di bawah kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pemakluman kertas Peraturan Mesyuarat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen hari ini, Perdana Menteri akan mencadangkan dewan membahaskan dan meluluskan ketetapan menurut Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan Darurat.

Ianya adalah;

Ordinan Daurat Kuasa-kuasa Perlu

Ordinan Darurat (pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (pindaan) 2021

Ordinan Darurat standard minimum perumahan penginapan dan kemudahan pekerja (pindaan 2021)

Ordinan Darurat kuasa kuasa perlu (no 2) (pindaan 2021)

Ordinan Darurat kuasa-kuasa perlu (pindaan) 2021

0rdinan Darurat kehadiran wajib pesalah-pesalah (pindaan 2021)

Ordinan Darurat Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (pindaan 2021)

Tujuh ordinan ini hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua majlis parlimen dan jika tidak terlebih dahulu dibatalkan hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua majlis yang merungkaikan proklamasi atau ordinan.

Dewan perlu mengambil maklum langkah-langlah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada kerajaan atau menagwal ancaman pandemik dan perkar-perkara yang boleh menyebabkan ancaman kepada ekonomi atau kestabilan awam termasuk penyampaian perkhidmatan kesihatan awam.

Terdahulu, Dewan Rakyat yang dijadualkan bersidang 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos lalu bagi mengungkaikan Ordinan Darurat berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Bagaimanapun Pengumuman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika itu bahawa kesemua Ordinan Darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 21 Julai 2021, ini telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan ahli parlimen sehinggakan Parlimen ditangguhkan ke September.