Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
OSC mampu bekal air dalam tempoh catuan di Melaka

OSC mampu bekal air dalam tempoh catuan di Melaka

Oleh BERNAMAFebruary 5, 2020 4:16 pm




Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yakin 132 pusat agihan setempat (OSC) yang disediakan pihaknya dapat menampung bekalan air yang mencukupi kepada rakyat negeri ini sepanjang tempoh catuan yang dijangka berakhir Ahad ini.

Menurut SAMB dalam satu kenyataan, dengan penyediaan OSC itu seramai 550,673 orang iaitu 62.8 peratus pengguna yang terlibat dengan catuan, tidak lagi menghadapi masalah yang pernah berlaku sebelum ini iaitu air tidak sampai kepada mereka.

“Inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan pengguna yang mengalami tekanan air rendah berikutan berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem rangkaian paip menerima bekalan air sekali gus memudahkan pengguna untuk tidak lagi perlu menunggu lori tangki datang ke kawasan mereka.

“Sebelum ini, banyak aduan diterima mengenai bekalan air tidak sampai ke rumah khususnya pangsapuri yang tidak mempunyai sistem pengepaman dalaman, justeru, dengan adanya OSC ini pastinya tiada lagi isu sama berulang,” menurut kenyataan SAMB dalam laman Facebook hari ini.

Syarikat pengurusan air negeri itu bagaimanapun mengingatkan pengguna bahawa OSC hanya beroperasi pada hari dijadualkan menerima bekalan air berdasarkan jadual catuan SAMB selain menggalakkan mereka menyimpan air yang cukup semasa bekalan air diterima semula.

Untuk rekod, daripada 132 OSC, sebanyak 97 ditempatkan di sekitar daerah Melaka Tengah, 19 di Alor Gajah dan 16 di Jasin.

Dalam perkembangan lain, SAMB turut meminta orang ramai agar tidak panik dan mempercayai penyebaran jadual catuan bekalan air oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kononnya catuan yang dijadualkan hingga 9 Feb akan dilanjutkan sehingga 29 Feb ini.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di 15800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS atau WhatsApp.

Melaka pada 29 Jan lepas melaksanakan penutupan injap air bermula 10 pagi bagi proses catuan bekalan air secara harian di seluruh negeri membabitkan 87 injap air di Melaka Tengah, Alor Gajah (41) serta Jasin (29) dan ia hanya dibuka semula pada 10 pagi keesokannya.

Ia bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi cuaca panas dan kering dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac ini, bagaimanapun catuan itu tidak melibatkan hospital, kawasan industri dan pusat pelancongan.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production