Otai Reformasi mahu Amanah tanding kedua-dua kerusi PRK

Otai Reformasi mahu Amanah tanding kedua-dua kerusi PRK

Kumpulan pendokong Reformasi atau lebih dikenali Otai Reformasi hari ini menyerahkan memorandum kepada Amanah mendesak agar parti itu bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK), Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kuwujudan Amanah bukan pengganti malah menjadi lebih baik dari Pas dalam Pakatan yang ditukar menjadi Pakatan Harapan yang menjadi harapan kepada rakyat Malaysia,” kata jurucakapnya kepada media di Wisma Amanah hari ini.

Memorandum itu diterima oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama AJK Amanah Pusat yang bermesyuarat di Wisma Amanah hari ini.

“Kami akan mempertimbangkan hujah-hujah ini dan akan dibawa kepada mesyuarat Pakatan Harapan,” kata Mohamad Sabu kepada media selepas menerima memorandum itu.

Pakatan Harapan dijangka akan bermesyuarat segera bagi menentukan parti mana akan bertanding di kedua-dua kerusi itu.

Pas sebelum ini telah memutuskan akan bertanding di kedua-dua kerusi namun sedia berunding dengan PKR mengenainya.

“Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS dan oleh kerana itu, Pas telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua parlimen ini,” kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PKR dikatakan berhasrat untuk bertanding salah satu kerusi dalam PRK kali ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi meminta semua pihak bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRK ini.

COMMENTS

Wordpress (0)