Otomobil Ketiga mungkin berjaya di bawah Geely, Proton: Tun M buka langkah di China

Otomobil Ketiga mungkin berjaya di bawah Geely, Proton: Tun M buka langkah di China

Susulan lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohammad dan para jemaah kabinetnya serta Menteri Besar Perak, ke China, yang kini masih berlangsung, ada kemungkinan besar bahawa perhubungan strategik antara Proton dan Geely akhirnya akan berhasil besar juga (rujuk sumber di bawah rencana).

Setakat ini, lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke China masih berjalan, dan akan berakhir pada 21 Ogos. Namun, sudah ada pengesahan daripada pihak China, terutamanya Geely, bahawa terdapat dua buah syarikat di bawah langganannya yang sudi untuk melabur sehingga USD 10 bilion di Proton City di Tanjung Malim, Perak.

Geely adalah antara pengeluar kereta yang terbesar di China. Ia merupakan pengeluar kelima terbesar di China, dengan lebih kurang 1 juta unit kereta setahun. Itupun berdasarkan statistik pada tahun 2015. Angka ini sudah tentunya sudah berganjak.

Namun, Geely amat tertarik dengan potensi Asia Tenggara, yang bakal mempunyai 700 juta pengguna bertaraf tengah di rantau ini. Iaitu menjangkau tahun 2030.

Sekiranya iklim ekonomi sedunia tidak berubah secara mendadak, disebabkan oleh peryelisihan faham antara Amerika Syarikat dan China mengenai defisit perniagaan China yang sudah mencecah USD550 billion ke Amerika Syarikat, Asia Tenggara akan terus berkembang, dan maju.

Geely, yang ingin mengeluarkan kereta generasi baru yang boleh dijanakan oleh letrik ataupun hydrogen, boleh bertapak dengan lebih kukuh di Asia Tenggara.

Malah pelan induknya ialah untuk berkembang dengan Proton ke seluruh rantau Asia Tenggara, terutamanya Indonesia.

Sekiranya Thailand telah menunjukkan cara dan teknik pengeluaran dan pemasaran yang besar besaran, Malaysia dan Indonesia yang mempunyai jumlah populasi sebanyak 300 juta orang boleh berjaya juga.

Setiap tahun Thailand boleh mengeluarkan sebanyak 2 juta unit kereta. Sebanyak 95 peratus kereta ini pula berjenamakan Jepun, seperti Honda, Suzuki, Mazda, Toyota dan Daihatsu.

Sekiranya Thailand telah mengaut keuntungan yang besar melalui cara ini, tidak ada sebab musabab yang kukuh kenapa Malaysia tidak boleh berjaya juga, sekiranya mempunyai dorongan dan bantuan modal daripada China.

Malah salah satu “strategic partner,” Geely di China ialah Nissan. Nissan yang menyuntikkan pelbagai bantuan teknikal serta penyelidikan ke dalam kereta pembuatan Geely, adalah rakan perniagaan sepakat.

Melalui cara ini ia telah menjayakan Volvo. Untung purata setahun Volvo pada tahun 2014 sudah mencapai USD1 bilion.

Tiga tahun sebelum itu, Volvo masih menghadapi kerugiaan yang teramat besar di Sweden. Sekiranya Geely dan Proton, serta Nissan, boleh berkerja sama dengan erat, peratusan kerjayaan mereka tidak lah serendah para pengkritik otomobil ketiga ini.

Bak perpatah Melayu, ingin seribu daya, tidak ingin seribu dalih. Naik, atau turunnya perindustrian otomobil Malaysia, masih berada di tangan rakyat Malaysia juga, lebih-lebih lagi sekiranya ia boleh mempunyai perhubungan yang akrab dengan pelbagai negara dan pasaran.

Lawatan Tun Dr Mahathir ke China, nampaknya, sudah membuahkan hasil yang lumayan sekiranya Geely boleh mengotakan janjinya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 9.0