Malaysia Dateline

Otot pelari tegar ini ‘gagal’ hantar isyarat letih

Pelari ultramaraton Amerika Syarikat (AS) ini bukan calang-calang. Pengarang ‘Ultramarathon Man: Confessions of an All-Night Runner’ ini mampu berlari tanpa henti ratusan kilometer jauhnya.

Dean Karnazes, 60, telah menyelesaikan beberapa acara ketahanan, kebanyakannya acara larian juga acara renang.

Dean Karnazes

Ikuti artikel ringkas oleh HASBI FAIZI mengenai pelari hebat ini:

Pelari jarak jauh pertama di dunia yang berlari tanpa henti sejauh 350 batu (563.27 km) ialah Dean Karnazes. Dia berlari merentasi California Utara tanpa henti selama 80 jam 44 minit tanpa rehat atau tidur.

Tipulah, takkan tak mengantuk?

Karnazes mengalami kelainan genetik, di mana ototnya ‘gagal’ menghantar isyarat letih macam orang biasa. Galeri Ina.

Dia berkata, sepanjang berlari dia cuma mengalami ‘sleep running’, di mana dia tertidur semasa bergerak dan dia tetap mahu berlari.

Dean Karnazes pernah menyelesaikan 50 maraton dalam 50 hari berturut-turut di 50 negeri yang berbeza pada tahun 2006.