Malaysia Dateline

P Pinang akan teruskan operasi pembenihan awan

Operasi pembenihan awan untuk menghasilkan hujan akan diteruskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Jelasnya usaha ini harus diteruskan bagi memastikan kapasiti air di Empangan Teluk Bahang yang semakin kritikal diisi segera.

Tegasnya, usaha pembenihan awan tersebut akan dilaksanakan dengan segera setelah mendapati kapasiti paras kritikal iaitu 19.5 peratus Empangan Teluk Bahang.

Sejajar dengan itu kata beliau, kerajaan negeri telah pun meluluskan peruntukan bagi melaksanakan lapan lagi operasi pembenihan awan di empangan tersebut.

“Kerajaan negeri akan menyerahkan kepada Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Jabatan Metereologi Malaysia bagi menetapkan masa yang sesuai.

“Sejumlah RM480, 000 telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan 16 Operasi Pembenihan Awan dan sehingga kini masih terdapat lapan lagi untuk dilaksanakan.

“Yang pasti kerajaan negeri tidak akan melaksanakan catuan air, sebaliknya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang akan bertindak lebih proaktif,” tambah beliau.

Walau bagaimana pun ujarnya, catuan air merupakan pilihan terakhir yang akan dilaksanakan.