P Pinang akan wujudkan perpustakaan digital Islam pertama di Malaysia

Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Pulau Pinang bukan saja terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan tarikan pelancongan, sebaliknya ia akan turut menjadi negeri pertama bakal mempunyai sebuah perpustakaan digital Islam di negara ini tidak lama lagi.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, tapak cadangan untuk membangunkan perpustakaan digital tersebut adalah sebuah bangunan sedia ada di perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri di Jalan Scotland.

Jelasnya lagi, dengan mewujudkan perpustakaan digital Islam tersebut, ia dapat meningkatkan lagi pemahaman Islam dalam kalangan umat Islam maupun bukan Islam bukan saja di negeri ini, malah untuk seluruh negara atau pun luar negeri.

“Dengan kewujudan perpustaan digital Rahmatan Lil’ Alamin tersebut, ia turut boleh menjalinkan hubungan kekeluargaan melalui suasana pembelajaran yang harmoni.

Bangunan dua tingkat di perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri yang akan diwujudkan Perpustakaan Digital Islam pertama tidak lama lagi.

“Selain itu ia juga dapat mempertingkatkan penguasaan pembacaan dan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

“Pra perasmian projek ini akan diadakan dalam tempoh terdekat tidak lama lagi sebelum ianya dibuka kepada umum pada April akan datang,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Exco Hal Ehwal Agama Islam juga berkata, tidak dapat dinafikan perpustakaan digital tersebut bakal menaikkan nama Pulau Pinang dan juga negara kerana ia merupakan perpustakaan seumpamanya yang pertama di dunia.

Tambahnya lagi, apabila ia siap sepenuhnya nanti, perpustakaan ini akan dikenali sebagai perpustakaan digital Islam yang pertama dalam negara.

Reka bentuk perpustakaan digital Islam yang akan diwujudkan nanti.

“Setakat ini kerja-kerja pemuliharaan dan penambahbaikan akan dilaksanakan dengan kadar yang segera.

“Manakala ia disasarkan untuk disempurnakan pada suku pertama atau April 2019 yang akan datang.

“Bangunan dua tingkat dengan keluasan 5,800 kaki persegi akan turut dilengkapi dengn ruang mengaji, ruang bacaan serta ruang bacaan untuk wanita, ruang famili, ruang kanak-kanak, kafe, bilik perbincangan, bilik mesyuarat dan lain-lain kelengkapan lagi,” kata beliau.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0
CATEGORIES