Malaysia Dateline

P.Pinang mungkin tambah peruntukkan Bajet 2020 selengara, baiki sekolah

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kemungkinan besar akan menambah peruntukan bagi penyelenggaraan dan baik pulih sekolah-sekolah di Pulau Pinang dalam bajet 2020, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kata beliau lagi, bagi tahun 2019, kerajaan negeri telah pun memperuntukan sebanyak RM3 juta bagi membantu kerja-kerja baik pulih sekolah-sekolah kebangsaan.

“Kerajaan negeri bercadang untuk menambah peruntukan tersebut dalam pembentangan bajet 2020 yang akan datang nanti.

“Setakat ini proses menyalurkan peruntukan bagi menyelenggara sebanyak 170 buah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan telah pun berjaya dilaksanakan.

“Kelancaran proses ini adalah dengan kerjasama baik yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, ” ujarnya.

Selain itu katanya, komitmen yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Ketua Menteri, Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri serta Penggerak Komuniti Muda ternyata telah menjayakan program-program pendidikan sempena Hari Sains dan Inovasi Pelajar

2019.

Dalam pembentangan bajet 2019 yang lalu, kerajaan negeri telah pun memperuntukan sejumlah RM12 juta dibawah program bantuan pendidikan untuk Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina/Persendirian, Sekolah Tamil dan Sekolah Agama Raky