Malaysia Dateline

P.Pinang setuju lanjutkan PKM naik taraf ladang babi ke sistem tertutup, kata Exco

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju melanjutkan tarikh pengecualian Pelan Kebenaran Merancang (PKM) untuk menaik taraf ladang babi ke sistem tertutup sehingga 31 Disember 2019.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr Afif Bahardin dalam kenyataan beliau.

Jelasnya lagi, keputusan tersebut telah dibuat sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam, setelah permohonan penternak-penternak babi di negeri ini, agar tempoh tersebut dilanjutkan.

“Seramai 182 penternak babi terlibat dalam pengecualian ini.

“Antara pengecualian yang telah dipersetujui ialah pengecualian untuk penternak sedia ada.

“Penternak tidak menambah fasiliti bahan kecuali fasiliti biogas serta penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program iaitu sehingga Disember 2018, ” jelasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya turut berkata, pengecualian ini dibuat agar pelaksanaan Enakmen Penternakan Babi 2016 berjalan secara tersusun sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2020.

Malah tegasnya lagi, dengan keputusan tersebut kerajaan negeri berharap agar para penternak babi di Pulau Pinang mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menaik taraf ladang mereka,