Malaysia Dateline

P Pinang tegas dengan kedai gunting langgar SOP

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis gunting rambut yang tidak mematuhi tatacara operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Malah amaran akan diberikan sekiranya terdapat premis-premis terbabit yang melanggar segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tidak teragak-agak untuk menutup premis terlibat sekiranya mereka masih lagi tidak mematuhi SOP yang perlu diikuti.

Demikian dinyatakan oleh Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

“Kerajaan negeri akan bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Kita tegas dalam perkara ini dan tidak sanggup berkompromi terhadap keselamatan awam dan keselamatan kesihatan.

“Ketetapan SOP tersebut bukan hanya bagi kebaikan orang ramai sahaja, tetapi juga demi keselamatan para pemilik premis gunting rambut tersebut jua.

“Kerajaan negeri amat prihatin dan peduli terhadap keselamatan dan kesihatan dan sanggup untuk turun padang bagi memastikan segala SOP yang telah ditetapkan dipatuhi demi manfaat orang ramai.Menggunakan pensanitasi tangan dan mengamalkan penjarakan sosial dengan meletakkan tanda dilantai.

“Tinjauan ke premis-premis gunting rambut disekitar kawasan Pulau sejak 10 Jun lalu mendapati pemilik premis mamatuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Sehingga 14 Jun 2020 hasil pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang mendapati

709 premis gunting rambut di sebelah Pulau adalah pada kadar pematuhan seratus peratus.Manakala bagi daerah Seberang Perai pula Majlis Bandaraya Seberang Perai mendapati sejak 10 Jun yang lalu kadar pematuhan adalah sebanyak 90.72 peratus setelah pemeriksaan dilakukan keatas 58 buah premis gunting rambut, ” tegasnya.