Pacak bendera di puncak Bukit Sentosa Rawang

Pacak bendera di puncak Bukit Sentosa Rawang

Puncak Bukit Sentosa setinggi 250 meter dari aras laut sesuai bagi pengunjung yang mahu mencuba untuk memulakan pendakian dan melatih ketahanan fizikal dengan ketinggian yang sederhana.

Namun bagi pencinta pendakian di bukit dan gunung Bukit Sentosa Rawang bukanlah cabarannya.

Pendakian  ke puncaknya hanya memerlukan masa sekitar  30 hingga 45 minit bergantung kepada pergerakan pendaki  melalui lereng-lereng denai ke puncaknya.

Program pendakian ke Bukit Sentosa ini dianjurkan  Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) Bahagian Selayang dan Hulu Selangor pada 11 Februari lalu untuk mengibarkan bendera parti menjelangnya pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Peserta ke  Puncak  Bukit Sentosa ini disertai 11 ahli pemuda yang telah memacakkan tiga bendera Bersatu.

LENSA yang mengikuti jemputan Bersatu itu turut merakamkan suasana ketika pendakian mereka.

Seorang pendaki orang kurang upaya (dua dari kiri) turut bersemangat mendaki Bukit Sentosa.

Bendera pertama dipasang di tengah laluan ke puncak bagi menarik perhatian pengguna jalanraya.

Bendera Bersatu paling besar dipasang di paras lebih tinggi supaya boleh dilihat lebih ramai penduduk dan pengguna jalanraya.

 

Warna kemerahan dan simbol bunga pada bendera Bersatu  mampu menarik perhatian penduduk di sekitar Bukit Sentosa dari jauh.

Sejauh pandangan mata di lereng Bukit Sentosa berkibar bendera Bersatu.

Program pendakian berkumpulan begini membina kekuatan stamina dan jati diri.

Sesi bergambar  di antara pimpinan dan ahli parti yang bersama menggerakkan usaha pendakian memacak bendera parti di Bukit Sentosa.

 

2,590 total views, 6 views today

CATEGORIES
TAGS