Tak salah nak menjual makanan pada harga lebih mahal jika kualiti dan kuantiti dilihat berbaloi dengan caj dikenakan.
Tapi ada yang menggunakan perkataan ‘premium’ untuk menjual makanan dan barang pada harga lebih mahal.
Tular satu bekas kek moist saiz sederhana dijual pada harga RM39 dengan alasan ia datang dengan sudu berasingan.
Apa menjadi perhatian adalah iklan dibuat dalam kereta untuk menunjukkan kualiti kek yang dilihat biasa seperti berada di kedai.

Rata-rata netizen mengkritik harga yang dilihat terlalu mahal dengan kualiti yang biasa-biasa sahaja.
“Brand baru, marketing guna Bezza, model pun guna isteri sendiri tapi RM39. Tapi harap ada yang bagi alasan dulu nanti. Mungkin guna coklat patchi.
“Harga macam Tel Aviv, macam mahal sangat sedangkan kek tu paling-paling harga RM15 ke RM20.
“Bekas letak kek tu macam beli dekat kedai eco je tapi harga tu.
“Sos coklat tu guna jenama apa, kaalu guna bahan premium boleh letak bahan dalam video barulah tak kena kecam,” antara komen netizen.
Baca juga: Nilai pasaran Arif Aiman dan Luqman Hakim dianggap macam langit dan bumi