Malaysia Dateline

Padah bila keliru antara khianat dan jasa

Padah bila keliru-تعلم ثم تكلم

Ada seseorang pemimpin parti politik dilapor media memuji Parti Pribumi Bersatu Malaysia @ Parti Bersatu yang dianggap telah berjasa besar kerana kesanggupan parti tersebut untuk keluar dari PH sehingga parti Umno/BN dan parti Pas boleh berada dalam gomen tebuk atap yang ada sekarang.

Antara lain,media lapor pemimpin itu habaq ” kalau Bersatu tidak tarik balik dari PH, Umno tiada Kerajaan hari ini.” Ehem.

Media juga lapor pemimpin itu habaq jika Bersatu tidak tarik sokongan, parti Pas dan Umno masih lagi menjadi blok pembangkang. Ehem.

Jadi,mesej utama dia adalah baik Pas mahupun Umno,depa kena ingat jasa atau sumbangan Parti Bersatu. Ehem.

Maaf, sekarang giliran saya pula mengulas ya.

Pertamanya, apa masalah besar dari kenyataan pemimpin tersebut?

Bagi saya, dia terkeliru dan tersasar. Kenapa?

Kerana dia terkeliru apabila dia nampaknya tersalah arah dalam membezakan antara KHIANAT dan JASA.

Adakah dia mengalami krisis nilai juga? Yang itu, maaf, saya tak pasti.

Apa yang dia mungkin tak sedar adalah hakikatnya apa yang dilakukan oleh Parti Bersatu itu adalah PENGKHIANATAN terhadap suara rakyat. Full stop.

Tidak ada sebarang keraguan akan hal tersebut melainkan.

Bersandarkan premis tersebut, jelas dia amat tersasar apabila dia memuji tindakan Parti Bersatu menarik balik sokongan kepada PH sehingga menjatuhkan Kerajaan pilihan rakyat pada PRU-14 itu.

Amat malang jika seseorang itu-dalam apa keadaan pun-MEMUJI benda atau perkara yang seharusnya DIKEJI.

Lebih malang lagi jika benda yang seharusnya dilihat sebagai “BINASA” dipandang pula sebagai “JASA”.

Dan lagi-agi teramat malang jika yang gagal membezakan antara perbuatan” TERKEJI dan “TERPUJI” atau antara “BINASA” dan “JASA” itu adalah pemimpin yang mendakwa parti depa berjuang atas landasan Islam!

Pelik bila seseorang BerBANGGA pada perkara yang sewajarnya dia perlu rasa HiBA!

Baca juga:Ibunya bermalam di hotel, anak autisme ditinggalkan sendirian cedera terjun dari tingkat 1