Susulan pelakon Zul Ariffin memuat naik video yang mengandungi elemen sumbang beliau dikenakan denda RM30,000 oleh Mahkamah Seksyen hari ini sebaik mengaku bersalah.
Tindakan pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia.
Ekoran itu, pelakon dan juga model itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu.
Beliau mengaku bersalah memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagramnya pada Mac lalu.
Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin didakwa memuat teaser klip ‘babak panas’ itu untuk siri yang akan ditayangkan di televisyen bertajuk “Perempuan Itu” pada 18 Mac.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada pukul 8.10 pagi dengan memakai sut berwarna kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusannya.
Baca juga: Remaja 19 tahun sudah jadi ‘tauke ketum’ proses dan jual sendiri diberkas polis
Baca juga: Siar gambar bogel di OnlyFans, bekas doktor dipenjara 6 tahun