Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Padang Merbok, Jalan Raja jadi tapak himpunan

Padang Merbok, Jalan Raja jadi tapak himpunan

Oleh MALAYSIA DATELINEJuly 4, 2019 4:56 pm




Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberitahu Padang Merbok dan Jalan Raja di Kuala Lumpur akan diwartakan sebagai tempat perhimpunan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, katanya, penganjur perhimpunan di dua lokasi tersebut tidak perlu mengemukakan notis pemberitahuan kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun, katanya, penganjur perlu memohon kebenaran dengan pemilik premis itu.

“Kementerian (juga) bercadang untuk menambah tempat perhimpunan yang ditetapkan,” kata Muhyiddin ketika membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019.

Menurutnya, setakat ini, hanya Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang yang telah diwartakan sebagai tempat perhimpunan yang ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 8,668 demonstrasi dan perhimpunan berlangsung sepanjang 2018, manakala 1,592 lagi diadakan pada tahun ini setakat Mei lalu.

“Pihak polis telah membantu dalam memudahcara kesemua penganjuran perhimpunan aman tersebut.

“Sepanjang tempoh berkenaan juga, tiada sebarang kes yang didakwa di mahkamah,” tambahnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production