Malaysia Dateline

Padu habis! Aksi beregu Malaysia main badminton sambil duduk buat ramai kagum

Aksi beregu lelaki Malaysia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam perlawanan badminton Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2023 pada semalam, mencuri tumpuan ramai.

Antaranya ketika Ong sedang beraksi membalas serangan beregu dari China.

Dalam perlawanan itu, Ong dilihat terduduk di lantai gelanggang ketika sedang membalas serangan.

Namun apa yang tidak disangka, dia masih cekap membalas pukulan bulu tangkis walaupun dalam keadaan duduk dan tiada satu pun bulu tangkis yang terlepas.

@mochiii1122

Anyway, congrats ongteo for winning today’s match!! #malaysiaopen2023 #fypシ #fyp #foryoupage

♬ original sound – heyy

Momen itu membuatkan ramai teruja dengan kehandalan pemain Malaysia menangani situasi seperti ini.

Mereka juga mengakui skuad Malaysia begitu kuat dan tidak dapat dikalahkan.

“Defend Malaysia baring ke duduk ke berdiri ke mmg padu habis betul,” komen @Sista_Rehat.

“Yew Sin dengan Ee Yi ni main lah macam mana pun tapi defence memang mantap,” balas pula pengguna TikTok @Z.

Untuk rekod, Ong dan Teo berjaya memenangi pusingan pertama melawan beregu China 21-13 20-22 21-15

Baca juga: Satu Malaysia ’emosi’ dengan Ira dan Syamsul, Kazar pula respon ‘penat dah kena buli’