PAFA terima RM30juta hadapi Liga M 2019

PAFA terima RM30juta hadapi Liga M 2019

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menerima tajaan berjumlah RM30 juta untuk mempersiap pasukan The Bos Gaurus dan PKNP FC menghadapi Liga Malaysia musim 2019.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kesemua peruntukan itu adalah tajaan syarikat swasta, bukan disalurkan kerajaan negeri mahupun syarikat berkaitan kerajaan seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada penaja syarikat-syarikat swasta yang membantu serta Mehmet Durakovic (jurulatih Perak) yang membantu saya mengurangkan kos pasukan bola sepak pada musim ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak ditemui selepas bersiaran selama satu jam menerusi slot ‘Sepagi Bersama MB’ kendalian radio PerakFM.-BERNAMA.