Pagar kubur Nik Aziz dikunci, halang Mahathir ziarah

Pagar kubur Tok Guru Nik Aziz dikunci bagi menghalang ia diziarahi oleh Tun Dr Mahathir. – Gambar Malaysiakini.

Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menziarahi pusara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak kesampaian apabila pagar tanah perkuburan itu dikunci.

Anak Nik Aziz yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan, Nik Adli Nik Aziz berkata, keluarga tidak mengizinkannya.

Pagi ini beliau berkumpul bersama penyokong di pusara ayahandanya di Kota Bharu bagi menghalang ziarah Dr Mahathir Mohamad, lapor Malaysiakini.

Nik Adli ketika ditemui berkata, beliau mewakili pihak keluarga tidak mengizinkan ziarah pemimpin tersebut.

“Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum.

“Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang, ” katanya.

Kelihatan juga seorang lelaki mengunci tanah perkuburan di Pulau Melaka itu. Sebuah lori juga diletakkan di depan pintu pagarnya.

Setakat laporan itu ditulis, Mahathir belum tiba.

Semalam Mahathir telah menziarahi kubur bekas presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor di Alor Setar, Kedah.

Dr Mahathir dijadualkan hari ini di dua program lain di Kelantan iaitu program Santai Bersama Tun M di Kok Lanas, di parlimen Ketereh dan Tun M Bersama Rakyat di Kampung Cherang, Kota Bharu.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0