Malaysia Dateline

Pak Ungku pesan kuasai ilmu moden

Mengenang Prof Diraja Ungku Aziz

Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dahulunya dikenali dengan Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.

Seingat saya, sebelum itu, semua lepasannya tidak pernah dirai dalam apa-apa majlis penyampaian sijil.

Sehingga pada tahun 1987, seingat saya, buat pertama kali, lepasan MTQ diraikan dalam majlis penyampaian sijil. Itu pun dibuat sempena suatu seminar yang saya tidak ingat apa nama seminar itu.

Perasmi seminar berkenaan ialah Prof Diraja Ungku Aziz. Tak salah ingat, dalam ucapan perasmian beliau menyinggung tentang keperluan lepasan MTQ menguasai ilmu moden.

Selepas majlis perasmian, 22 orang lepasan MTQ sesi 1985 – 1987 menerima diploma masing-masing. Penyampainya adalah Prof Diraja Ungku Aziz. Salah seorang penerimanya adalah saya.

Sayang, tidak ada gambar bersama Pak Ungku. Ya, zaman tidak ada telefon bimbit berkamera. Semoga Allah mengampuni dan merahmati al-Marhum.

 

*USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional dan mantan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).