Pakai BMW nampak lebih kaya, pemandu Myvi trauma pergi reunion

Oleh KIM SYAZIE

Luahan seorang pemandu Myvi yang direndahkan sewaktu perjumpaan makan malam Tahun Baharu Cina tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut postingan di Facebook XUAN Play, lelaki yang memandu kereta Produa Myvi itu merasa direndahkan rakannya di dalam majlis reunion.

Majlis yang berjalan dengan lancar mula terlihat suram dimatanya apabila mereka mula mempersoalkan pilihannya memandu kereta nasional itu.

Hal ini kerana, pada pandangan rakannya, lelaki itu akan terlihat lebih berjaya jika berdamping dengan kereta import keluaran BMW.

Anjuran itu mungkin berniat untuk membakar semangat, namun dia mula rasa tidak selesa apabila reunion itu bertukar menjadi arena perbandingan.

“Jadi apa sekarang? Awak nak kata saya tidak boleh duduk makan semeja kalau saya memandu Myvi?,” luahnya dengan nada kesal.

Postingan di Facebook XUAN Play

Begitu terkesan dengan apa yang dilaluinya malam itu, lelaki tersebut bertegas tidak lagi mahu sertai majlis perjumpaan pada tahun hadapan.

“Persahabatan ini penuh dengan persaingan dan permainan minda, saya sudah sangat bosan. Tahun depan, SKIP!.” Ujarnya.

Rata-rata pembaca memberi semangat dan menasihatinya agar keluar dari lingkungan persahabatan yang kolot.

“Saya pernah melihat pemandu Myvi tinggal di rumah agam. Saya juga pernah melihat pemandu BMW tinggal di rumah teres. Asalkan awak bahagia, itu sudah memadai,” komen seorang pembaca.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/rakam-lelaki-tua-bersih-kawasan-dan-kutip-angpao-warganet-mohon-mbpp-maafkan-sahaja/