Ada sahaja isu terkait dengan pelakon, Fathia Latiff, sebelum ini mengenai isu wajahnya yang terlihat berbeza kini wanita itu tampil memuat naik gambar dengan memakai topi.
Ini bukanlah kali pertama pelakon drama ‘Ariana Rose’ ini membuka tudung, pada tahun 2019, dia pernah melakukan hal itu dengan alasan tidak mahu berpura-pura.
Namun bertudung semula pada tahun 2020, dia juga lantang membangkitkan kesedihan mengenai nasib menimpa rakyat Palestin malah mengeluarkan kenyataan mahu syahid di sana.
Lantaran itu rata-rata netizen memerli Fathia yang dilihat mengenakan tudung hanya sekadar mengikut trend dan bukannya untuk menutup aurat.
“Kebanyakan orang zaman sekarang anggap bertudung ini sebagai satu trend sahaja. Kalu rasa nak pakai, pakailah, kalau tidak terus ‘freehair’.
“Kata nak syahid di Palestin, macam mana ini.
“Apalah kau ni, nak pakai tudung tu betul-betullah, ni nampak rambut,” antara komen netizen.
Tak kurangnya juga ada di antara mereka yang mengharapakan pelakon tersebut untuk terus istiqamah dalam menutup aurat.
“Kadang-kadang memang tak faham tapi itulah hati manusia, sentiasa berbolak balik sama kita melawan atau tidak.
“Kesian sangat, mungkin tengah ada masalah tapi jangan terlalu ikut perasaan,” tambah pengguna di Instagram.
Bagaimanapun ruangan komen di gambar tersebut kini telah ditutup oleh pelakon itu.
Baca juga: “Tak mungkin saya bagi anak, isteri makan dari sumber haram” – Shuib tepis dakwaan ‘cuci duit’