Pakaian semasa muktamar bertentangan Penal Code, kata bekas tentera

Pakaian semasa muktamar bertentangan Penal Code, kata bekas tentera

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasukan barisan kehormat Pas yang memperagakan pakaian cukup serupa dengan Pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia.

Presidennya, BG (B) Dato Mohamed Arshad Raji berkata, melihat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeriksa perbarisan pasukan tersebut yang memakai pakaian yang cukup serupa dengan Pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia mengejutkan dan sukar dipercayai dalam kalangan bekas tentera.

“Kejadian itu berlaku pada 15 September lalu pada Muktamar Pas di Terengganu.

“Seksyen 140 Kanun Jenayah (Akta 574) menyatakan bahawa adalah merupakan satu kesalahan untuk sesiapa sahaja yang bukan dalam perkhidmatan tentera memakai sebarang pakaian, atau membawa sebarang token menyerupai sebarang pakaian yang digunakan tentera,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Pakaian No 1 tentera biasanya dipakai pada majlis perayaan atau pada majlis yang sangat penting, dan ia dipersembahkan sebagai tanda hormat kepada raja-raja, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Jeneral.

Ia adalah sesuatu yang perkara yang serius dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan oleh sebarang organisasi atau untuk mempersendakan tradisi ketenteraan yang sangat bermaruah, tambah beliau.

“Maruah, integriti dan tradisi tentera dan polis mesti dipertahankan.

“Masanya sudah tiba untuk menghentikan sebarang individu mukan tentera dan organisasi memakai pakaian seragam tentera atau mirip segaram tentera, juga pangkatnya,” kata beliau.

9.6
OVERALL SCORE
: 9.0
4 user votes x 9.8
CATEGORIES
TAGS