Pakar dan pengamal perundangan syariah perlu tolak Legal Jurisprudence dan Maxims

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Antara tanda-tanda kiamat adalah yang bukan ahli dan ppakarnya dilantik dan dieri ruang menerajui perkata yang bukan milik ilmunya. Fenomena ini menjadi satu budaya baru dalam masyarakat kita mutakhir ini. Objektif perbincangan dan peraancangan bukan pakar dan pengamal syariah bergabung dan menggunakan istilah agama ‘maqasid syariah’ dan premis kebebasan bersuara adalah amat diragui.

Umum terkejut bila dimaklumkan bahawa 625 menjadi pelopor dan peneraju semakan undang-undang Islam atas nama maqasid syariah. Siapa aan apa kepakaran mereka sudah berapa kes yangmereka kendalikan di mahkamah dan berapa kes yang mereka sendiri terlibat sebagai saksi secara langsung sama ada dala siasatan mahupun di dalam perbicaraan ataupun sebagai ‘OKT’ (Orang Kena Tahan) di dalam kes-kes seumpama ini.

Ap sebenarnya yang menjadi ‘subject matter’ aatau perkara ‘material yang mereka tidak puas hati, undang-undang substantif atau undang-undang tatacara atau SOP siasatan atau aduannya.

Kita tahu dan sedar berpuluh bahkan ratusan kes ketidakpuasan hati terhadap prosiding dan prosedur siasatan difailkan oleh pengadu terhdap kes jenayah di mahkamah sivil kepada Suhakam dan agensi seumpamanya.

Mangsa OKT bukan sahaja cedera malah meninggal dunia dalam proses siasatan mahupun tahanan, namun tidak pula kedengaran suara G25 atau mana-mana pihak meminta jenayah yang dituduh itu dibatalkan atau dihapuskan.

Pegawai atau pengamalnya sahaja akan diminta untuk disiasat dan akan dituduh atau dibicarakan seirnya terbukti kesalahan atau ditegur andai terdapat kesilapan prosedur dalam menjalankan tugasan rasminya itu.

Namun bila mana ia menyentuh kesalahan jenayah mahkamah syariah maka yang dipropagandakan untuk dibuang adalah undang-undang jenayahnya bukan gesaan kepada pindaan prosedurnya andainya ada kes terpencil yang membabitkan keperluan untuk penambahbaikan prosedur tersebut.

Mahkamah syariah adalah mahkamah yang jauh lebih tua berbanding mahkamah sivil di Malaysia. Kes Ramahvs Laton adalah antara kes tua yang dirujuk untuk membuktikan Lex Loci atau undang-undang di tanahair kita ini sebelum wujudnya pemakaian undang-undang sivil di Malaysia.

Ia mempunyai pakarnya dan majlis dan ahli jawatankuasanya yang bersidang dan boleh dipanggil unuk membicaraakan sebarang lakuna di dalam enakmen substantif atau tatacaranya, ia ada birokrasi dan struktur dan kaedahnya.

Kini diseluruh negara ada puluhan cendiakawan syariah yang belajar dan mengamalkan undang-undang ini sejak 660 tahun lalu.

Adakah mereka terlepas pandang ataugagal untuk melihat kerana semua tertuduh di Malaysia ini berhak untuk melantik peguam syarie bagi pihak mereka dan berhak kepada rayuan di pelbagai peringkat mahkamah mahupun diangkat kepada Yang Dipertuang Agong dan Sultan yang memerintah negeri tersebut sebagai Ketua Agama Islam di negeri hatta Majlis Raja-raja.

Di sana ada hakim syarie dan Mufti yang boleh dirujuk dan akan menuyelesaikan isu yang dibangkitkan sekiranya terdapat rasionalisasinya dalam ketidakadilan dan kesalahan di dalam pelaksanaannya.

Namun sebagai manusia, institusi dan struktur ini semestinya adalah lemah dan khilafnya seperti ana juga mahkaamah sivil jadi sebagai pakar pentadbir kenapa mereka tidak menyalurkannnya semasa menjawa jawatan dulu ataau baru kini dapat melihatnya dengan jelas dengan memakia kaca mata liberal.

Apapun secara objektif dan optimis kita menunggu untuk mendengar reaksi dan dapatan dari semuaa kumpulan profesional syariah berhubung isu yang sama, andai tiada data dan laporan rasmi maka sebenarnya tiada isu besar dalam prosedur khalwat ini yang dipinda.

Namun tidak akan ada hatta sekecil zarah pun hasrat untuk menghazafnya kerana ia sebahagian daripada undang-undang takzir yang berperanan sebagai proses menghalang atau pencegah zina yang lebih serius dan parah.

Jangan pula selepas khalwat diwarwar dan digoncang mereka pula akan naik tocang untuk membincangkan dan mengatakan zina juga patut dibenarkan atas dasar suka sama suka atau ‘adolescents concent’ sebagai hak dan asasnya. Zina tetap harap dan khalwat yang menuju ke arahnya juga kekal haram di mata Islam.

Golongan,gabungan dan siapa pula yang akan membela dan memberi nafkah zahir dan kasih sayang buat anak-anak isteri atau suami yang sah yang ditinggalkan kerana khalwat dan zina ini.

Di bawah undang-undang sivil dan syariah anak dan keluarga ini kekal tak sah taraf dan tiada waris melainkan melalui jalur ibu biologinya sahaja.

Tiada mahkamah dan hakim serta undang-undang yang melindungi mangsa berisiko ini di dalam masyarakat melainkan ia akan dipulangkan kepada kerajaan dan ibu kandungnya sahaja.

Adalah sangat tidak adil dalam masyarakat yang membela penjenayah tapi melupakan mangssa yang terkorban atau terbeban akibat dari jenayahnya.

Satu peringkatan buat G25 dan sekutu mereka, kita muslim ada set dan kod undang-undang tersendiri kerana kita berbeza aqidah dan syariah dari undang-undang barat.

Janganlah cuba mencari persamaan atau kesesuaian di antara kesalahan di baawah kedua-dua undang-undang ini kerana sumbernya jelas berbeza.

Sivvil dari gabungan otak dan pemikiran manusia yang sentiasa berubah dan syariah daripada Allah melalui al-Quran dan Sunnah, Tuhan yang menciptakan manusia, ia azali kekal tidak akan sama dan serupa.

“Sesungguhnya Allah jualah yang menetapkan segala hukum,” Surah Al-An’am ayat 57.

CATEGORIES
TAGS