Pakar ekonomi jangka harga minyak akan pulih kepada US$100 setong tahun depan

Pakar ekonomi jangka harga minyak akan pulih kepada US$100 setong tahun depan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Harga minyak dijangka kembali ke paras US$100 setong pada suku kedua atau ketiga tahun depan dengan pemulihan penawaran-permintaan dan walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berhubung usaha mengehadkan pengeluaran, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi/Strategi Pelaburan IQI Group Holdings Shan Saeed berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada beberapa faktor, termasuk risiko geopolitik, yang boleh memberi kesan ketara terhadap ekonomi global yang berkemungkinan melonjakkan harga minyak.

“Saya berpendapat pada masa ini harga minyak mentah sepatutnya diniagakan pada paras antara US$50 hingga US$60 setong,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Oleh Mohd Khairi Idham Amran dan Nurunnasihah Ahmad Rashid

CATEGORIES
TAGS