Malaysia Dateline

Pakar ekonomi ulas isu darurat dalam sidang media

Satu sidang media TamatDarurat akan diadakan hari ini dengan menampilkan tiga orang pakar ekonomi yang tidak asing lagi bagi mengulas keadaan ekonomi Malaysia ketika ini.

Tiga pakar yang diundang Sekretariat TamatDarurat iaitu Prof Nongsari Ahmad Radhi, Prof Jomo Kwame Sundaram dan Dr Muhammed Abdul Khalid.

Sidang media yang dibuat di Hotel Tamu Kampung Bharu akan dimulakan dengan ucapan oleh Ahli Parlimen Khalid Samad.

Warganet boleh mengikuti sidang media ini secara langsung melalui Facebook Malaysiadateline.com bermula pada jam 11.00 pagi nanti.