Malaysia Dateline

Pakar Perancang dipilih jadi Datuk Bandar KL yang baru

Pakar perancang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru setelah Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan tamat tempoh jawatannya mulai Oktober ini.

Turut mendapat bos baru adalah Perbadanan Putrajaya (PPJ) apabila orang kuat Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Azmi Mohd Zain dilantik sebagai Presiden PPJ yang baru.

Azmi, Setiausaha Bahagian Sosial Ekonomi KWP, antara pegawai paling lama berkhidmat di kementerian itu dilantik selepas Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim tamat kontraknya bulan ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Mahadi sebelum ini telah bersara wajib dari DBKL namun dilantik secara kontrak sebagai Penasihat Datuk Bandar untuk mengawasi Pelan Pembangunan dan Struktor Kuala Lumpur yang sedang disiapkan.

Mengikut perancangan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, Khalid Samad, pelan ini dijangka akan dibentang akhir tahun ini.

Kerajaan Pakaatn Harapan sebelum ini bercadang agar pelan ini digezetkan hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.