“Pakat-pakat tinggalkanlah Pas”

Oleh NASUHA RAHMAN

“Pakat-pakat tinggalkanlah Pas,” itulah seruan ringkas dan bersemangat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu semasa berceramah sempena Pelancaran Sukarelawan Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kepala Batas di Penaga, malam tadi.

Tegas beliau, sebelum ini Pas sering mendakwa sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam termasuklah isu yang menjadi modal perjuangan mereka sejak sekian lama iaitu hudud.

Pas perlu ditinggalkan kerana tidak lagi konsisten dalam pelbagai isu termasuklah hudud yang menjadi nyawa mereka sebelum mendapat kuasa sebagai pemerintah.

“Tak ada lagi isu hudud yang dibangkitkan di Parlimen sepertimana mereka sering laung-laungkan sebelum ini kerana mereka hanya inginkan kuasa sahaja.

"Pakat-pakat tinggalkanlah Pas"

” Hanya ingin jadi menteri, timbalan menteri, senator dan lain-lain kuasa yang boleh mereka perolehi, sebaliknya tidak mempunyai prinsip.Pas harus ditolak bukan saja oleh orang Islam bahkan juga bukan Islam,” ujar beliau.

Tambahnya, PH harus menang dalam PRU ke-15 kali ini kerana dengan kemenangan tersebut diyakini BN dan Umno tidak akan mampu untuk bangun dan bangkit meneruskan pengkhianatan mereka lagi.

Tegas beliau, pengkhianatan melalui Langkah Sheraton sehingga meranapkan kerajaan PH yang teah diberi mandat oleh rakyat perlu menjadi iktibar dan tidak wajar berulang sekali lagi.

Baca juga: Peserta perlumbaan drag dari Perak maut di Litar Permotoran Gong Badak

Baca juga: Scammer guna nama untuk bina madrasah, Nazrey Johani buat laporan polis